Thursday, August 25, 2011

Kursus Asas Komputer Oleh LKP Yayasan KMNet on Line


Asas Komputer



Modul 1

Asas Komputer
 






Modul Kandungan

Pengenalan kepada Komputer
Terminologi Komputer Lazim
Prestasi dan Ciri Komputer
Sistem Pengendalian Komputer
Peluang Pekerjaan
Ringkasan Modul


Pengenalan Modul
Komputer membantu organisasi dan individu untuk menjalankan transaksi perniagaan secara efisien dan cepat. Dalam dunia hari ini, salah satu kemahiran asas yang diperlukan untuk berjaya di tempat kerja adalah pengetahuan menggunakan komputer. Komputer digunakan dalam semua bidang. Untuk membolehkan mendapat kerja yang lebih baik, anda perlu tahu untuk menggunakan komputer.
Modul ini menerangkan peranan komputer dan konsep asas mengenai bahagian-bahagian komputer. Modul ini juga menerangkan bagaimana untuk menggunakan komputer dalam aspek kehidupan yang berbeza.


Objektif Modul
Selepas melengkapkan modul ini, anda akan dapat:
·         Memerihalkan peranan komputer, bahagian utamanya, dan bagaimana untuk bekerja dengan komputer.
·         Takrifkan terminologi komputer lazim.
·         Terangkan jenis komputer, atur cara, dan isu prestasi.
·         Takrfikan konsep teras berkaitan dengan sistem pengendalian komputer.
·         Kenal pasti peluang kerjaya dalam bidang yang mana komputer boleh digunakan.






Komputer telah mengubah cara manusia mengendalikan transaksi perniagaan mereka dan menjalankan tugas harian mereka. Dengan komputer, anda boleh menyelenggarakan belanjawan bulanan anda, mencipta laporan perniagaan, membuat kerja projek anda, mendengar muzik, menonton filem, malahan mencipta lukisan sama seperti yang anda lakukan di atas kertas.
Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan teknikal yang banyak untuk bekerja dengan komputer. Sesiapa pun mampu mempelajari untuk menggunakannya. Terdapat hanya dua keperluan iaitu mempunyai kesabaran dan keazaman.
Modul ini menerangkan konsep asas berkaitan dengan komputer dan juga membiasakan anda dengan komponen yang membentuk komputer. Tambahan kepada ini, modul ini membiasakan anda dengan pelbagai alatan yang akan membantu anda menjalankan tugas harian anda.






Pelajaran 1

Pengenalan kepada Komputer
 







Kandungan Pelajaran


Peranan Komputer
Bahagian-bahagian Komputer
Menggunakan Komputer
Gambaran keseluruhan Papan kekunci
Menggunakan Tetikus
Peranti Input, Output, dan Penyimpanan
Swauji



Pengenalan Pelajaran


Komputer adalah peranti elektronik yang anda boleh gunakan untuk menyimpan dan memproses maklumat. Komputer membantu anda menjalankan pelbagai tugas seperti menerima dan menghantar mesej kepada keluarga dan rakan, membuat persembahan dan menyelenggarakan rekod. Komputer juga boleh digunakan dalam pendidikan, penyelidikan, penyiaran berita, membuat ramalan cuaca, dan untuk pelbagai aktiviti perniagaan dan bersantai yang lain. Anda boleh menjimatkan masa, usaha, dan wang dengan menggunakan komputer.

Objektif Pelajaran
Selepas melengkapkan pelajaran ini, anda akan dapat:
·         Memerihalkan kepentingan komputer dalam dunia hari ini.
·         Mengenal pasti komponen utama komputer.
·         Mengenal pasti langkah untuk memulakan dan mematikan komputer.
·         Mengenal pasti kumpulan kekunci yang berlainan pada papan kekunci.
·         Menjalankan tugas berlainan dengan menggunakan tetikus.





Topik:

Peranan Komputer


Komputer memainkan peranan utama dalam kehidupan seharian kita. Ia digunakan di pelbagai tempat seperti industri, sekolah, pejabat kerajaan dan kedai. Jadual berikut memerihalkan penggunaan komputer dalam pelbagai bidang.

Bidang
Perihalan

Pendidikan

Dalam bidang pendidikan, pelatih boleh menggunakan komputer untuk menjalankan pelbagai tugas seperti menyampaikan latihan menerusi alat bantuan pembelajaran audio visual, selenggara rekod pelajar untuk mengesan prestasi, mencari maklumat bagi topik yang berbeza, dan mencipta tugasan.



Perniagaan dan kewangan peribadi

Dalam bidang perniagaan, anda boleh menggunakan komputer untuk menyelenggarakan akaun, mencipta rekod kakitangan, mengesan inventori, menyediakan persembahan dan laporan, menguruskan projek, dan berkomunikasi melalui e-mel. Anda boleh menggunakan teknologi komputer untuk melihat butiran akaun bank anda, mendapatkan maklumat segera mengenai pasaran saham, berdagang saham, dan menguruskan pelaburan.



Penjagaan kesihatan

Dalam bidang penjagaan kesihatan, komputer boleh digunakan untuk menjalankan pelbagai tugas seperti mengkaji semula rekod perubatan pesakit. Menggunakan komputer, doktor dengan mudah boleh mencari maklumat mengenai ubat terbaru yang tersedia untuk merawat penyakit. Selain itu, doktor juga boleh menggunakan teknologi komputer untuk berbincang dan berkongsi maklumat mengenai pelbagai penyakit.



Penyelidikan saintifik

Saintis menggunakan komputer untuk penyelidikan. Contohnya, saintis menggunakan komputer untuk melihat imej dari angkasa dan bagi menerbitkan maklumat mengenai penyelidikan terbaru mereka.



Urusan kerajaan

Dalam organisasi kerajaan, anda boleh menggunakan komputer untuk menyusun maklumat dengan menyimpan dan menyenggara rekod. Komputer juga digunakan untuk menyediakan perkhidmatan kepada rakyat. Contohnya, anda boleh melihat maklumat mengenai dasar semasa dan isu kerajaan pada komputer.



Seni dan hiburan

Anda boleh menggunakan komputer untuk mencipta lakaran dan lukisan. Jurugambar menggunakan komputer untuk mengedit dan menambah baik gambar. Penulis menggunakan komputer untuk menulis kandungan buku mereka dan mencipta ilustrasi. Menggunakan komputer, penulis boleh membuat perubahan dalam kandungan dengan mudah dan menjimatkan masa.
Anda juga boleh menggunakan komputer untuk hiburan. Anda boleh mendengar muzik, menonton filem, menyimpan dan mencetak gambar, menghantar ucapan, dan bermain permainan dengan menggunakan komputer.



Penerbitan

Anda boleh menggunakan komputer untuk mereka sebarang jenis penerbitan daripada surat berita mudah kepada majalah fesyen, bahan pemasaran, buku, atau surat khabar.




Oleh LKP Yayasan KMNet




No comments: